Skip to content

PASAL PERMIT TEKSI DISALAH BERI PADA KOMPENI TEKSI JER…

May 20, 2011
ARTIKEL LAMA THN 2002 PASAL NASIB DREBAR TEKSI MALAYSIA

PERMIT TEKSI : DASAR KERAJAAN UTAMA SYARIKAT, BUKAN INDIVIDU MENZALIMI PEMANDU TEKSI

KENYATAAN MEDIA

PERMIT TEKSI : DASAR KERAJAAN UTAMA SYARIKAT, BUKAN INDIVIDU MENZALIMI PEMANDU TEKSI

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan telah menggunakan kuasa pengeluaran permit teksi untuk menzalimi pemandu teksi.

Setelah menerima desakan dari perbagai pihak, setahun lepas kerajaan telah mengubah dasarnya iaitu yang hanya memberikan permit teksi kepada syarikat dengan membenarkan pemilikan permit individu. Tetapi malangnya setelah hampir setahun dilihat bahawa keihklasan dalam tindakan tersebut tidak wujud malah tindakan kerajaan itu hanyalah untuk mengaburi mata demi meneruskan tindakkan menzalimi rakyat khususnya pemandu teksi.

Tahun ini sahaja kerajaan meluluskan lebih 8,000 permit teksi melalui syarikat tetapi hanya 1,400 sahaja pemilikan individu. Dipetik kenyataan Menteri Pembangunan usahawan dalam sebuah akhbar elektronik menyatakan bahawa adalah lebih mudah memberikan permit kepada syarikat bukan kepada individu dan tidak menasabah mengendalikan 26, 000 pemandu teksi berbanding seratus syarikat *radiqradio.com

Kenyataan diatas merupakan kenyataan bodoh seorang menteri yang membuka kelemahan kementerian dibawahnya. Disini saya mencabar untuk didedahkan senarai syarikat dan pemegang saham syarikat yang mendapat pemilikan permit. Sesungguhnya kerajaan telah mengamalkan kronisma dan salahguna kuasa dalam pembahagian permit teksi ini. Malah terdapat bukti kebanyakan individu anak emas kerajaan ini telah mengali babakan syarikat mereka kerana mereka (bumiputera) yang diberikan permit tidak mempunyai kekuatan kewangan atau pengalaman menguruskan syarikat teksi maka mereka telah menyandarkan permit yang mereka dapat dan hanya mendapat komisen tertentu.

Oleh kerana kebanyakan pengendali syarikat teksi membeli/menyewa permit dari kroni yang mendapat anugerah permit maka mereka gila untuk membuat keuntungan dalam masa yang singkat. Apa yang jelas pemandu teksi telah menjadi mangsa. Tambah parah apabila kerajaan hampir gagal menguatkuasakan undang-undang yang mereka tetapkan sendiri.

1. Kebanyakan syarikat teksi mengutip sewa sebanyak RM 45 – RM 60 sehari melebihi RM 40 yang ditetapkan

2. Ada antara syarikat teksi mengutip cagaran atau wang bawah meja diantara RM 5 ribu hingga RM 6 ribu sebelum memberikan teksi kepada pemandu, amalah ada kes yang diadukan wang tersebut tidak dapat dituntut balik.

3. Kebanyakan syarikat teksi tidak mematuhi undang-undang buruh dengan melanggar kewajiban membayar caruman PERKESO dan KWSP.

Dalam keadaan ekonomi yang meleset pemandu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pendapatan yang cukup bagi menampung bayaran teksi untuk syarikat dan meyara keluarga Ditambah kerakuran dan kegilaan kerajaan menaikkan minyak secara berterusan semakin menghimpit mereka. Kos pembaikan dan alat ganti yang terpaksa ditanggung oleh pemandu juga semakin meningkat Bayangkan sekiranya permit teksi diberikan terus kepada pemandu maka pendapatan mereka meningkat sekurang-kurangnya seribu ringgit sebiulan kerana tidak membayar kepada syarikat teksi. Maka ini dapat mengangkat begitu banyak kelurga di negara dari jalur kemiskinan.

Sikap kerajaan menjadi antara penyebab kejadian ini. Kebajikan pemandu teksi terhakisdisebabkan dasar penswastaan kerajaan yang tidak adil, bukan sahaja permit dibahagi sesama kroni malah kekadang dilihat lebih memimak kepada tauke syarikat yang sememang kaya untuk terus mengabaikan kebajikan pemandu teksi.

Dasar Kerajaan sepatutnya mementingkan faedah pemandu teksi , pengguna dan masyarakat terbanyak pada keseluruhan supaya lebih adil dan berkesan ke arah pengkongsian bijak dan adil :

Permit teksi seharusnya diberikan kepada pertubuhan sosial yang tidak bersifat keuntungan, misalnya Persatuan Bekas Perajurit, Persatuan Bekas Polis, MTUC, CUEPAC, Persatuan Orang Cacat, Organisasi Pendidikan atau sebagainya. Pertubuhan seperti ini dilihat lebih peka terhadap kepentingan masyarakat dan tidak gila akan margin keuntungan yang melampau.

Pertubuhan sosial berkenaan boleh mengupah pakar-pakar pengurusan dan teknikal sendiri dengan bantuan kerajaan. Kebajikan pemandu teksi seharusnya diutamakan. Kongres Kesatuan Sekerja Singapura merupakan contoh yang baik, dimana pemandu teksi dikenakan S$60-S$80 sehari tetapi semua kebajikan ditanggung termasuk lesen kenderaan, insurans, pembiayaan kesihatan, penyelenggaraan kenderaan dll.

Permit teksi wajib diberikan kepada pemandu selepas 4 atau 5 tahun kerana mereka telah membuktikan komitmen mereka dalam bidang berkenaan, praktis ini lebih bersifat mesra rakyat dan telah dijalankan di beberapa buah negara dengan jayanya.

Pembayaran wang cagaran kereta dan sewa harian sepatutnya wajib dikira sebagai sewa beli kereta. Maka pemandu dapat memiliki kerata selepas 6 hingga 7 tahun.

Pihak berkuasa sepatutnya memastikan pemandu teksi diperlindungi undang-undang buruh termasuk kewajipan caruman PERKESO dan KWSP

Rakyat harus memandang serius penindasan kerajaan ini. Saya dengan ini mendesak agar kerajaan berhenti menzalimi rakyat khususnya pemandu teksi. Satu penjelasan rasmi dan terbuka harus diberikan oleh pihak berkenaan dalam perkara ini. Pemandu teksi juga manusia dan rakyat pengundi dan pembayar cukai negara.

Seluruh pemandu teksi kini sedang dianiaya dan mereka sedang bangkit menyatakan hak dan hasrat mereka. Kami akan bersama mereka.

KE ARAH PERKONGSIAN BIJAK DAN ADIL

BADRUL HISHAM SHAHARIN
EXCO PEMUDA KEADILAN MALAYSIA
SETIAUSAHA BIRO USAHAWAN MUDA KEADILAN

Pejabat Setiausaha Biro Usahawan Muda (BUM),
Tingkat 1, Wisma BUM,
No. 44, Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara
Pasar Borong Kuala Lumpur,
68100 Kuala Lumpur.
016-3451314
013-3858581
012-3087088
Fax 60361206641
Mobile fax: 0123084077

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: