Skip to content

Tipu Daya Syarikat Teksi Sewa Di Malaysia

May 10, 2011

Ini artikel yang saya ingin tulis untuk bagi drebar teksi dan yang ingin tau pasal penipuan dalam industri sewa teksi Malaysia.

Saya amat tidak puas hati dengan syarikat sewa teksi di Malaysia. Memang syarikat sewa teksi di Malaysia ini 90% berTuhankan Untung maksima yang mereka kaut daripada titik peluh dan darah pemandu teksi yang saban hari membayar sewa teksi harian kepada mereka. Jika bagi pemandu teksi kenderaan sewaan, mesti hampir setiap hari ada sahaja masalah mekanikal sebab alasan best diarang kita tak nak ambil kereta baru dan/atau tambah deposit…kenalah pandu teksi yang nak terbarai tu. Saya? Seminggu tu adalah kena 2 kali meter panas enjin cecah H (Panas) atau gearbox jam. yang jadi petualang kes-kes camni ramai pengusaha syarikat teksi Melayu yang pajak teksi terboncai ni daripada sykt gergasi spt. Uptownace, Metro dan lain2.

Bagi yang tidak arif dengan industri khidmat teksi dan ingin menceburi bidang memandu teksi sebagai kerja sambilan (part-time) atau pun sepenuh masa, saudara saya ajak memikirkan persoalan di bawah dengan mendalam.

  • Syarikat sewa teksi rata-rata tidak memberi perlindungan insurans pemandu teksinya, samada teksi diambil saudara disewa atau pun disewa-beli. Kenderaan diinsuran bersama penumpang yang melanggani teksi kita itu. carilah insuran sesuai dengan jika ingin memandu teksi terutamanya yang bawa secara sambilan. Eksiden tanggunglah sendiri, zaklim tidak syarikat teksi Malaysia!
  • Syarikat sewa teksi akan minta deposit antara RM1000 ke RM2000 sebagai cengkeram sebelum membenar teksi mereka disewa kita. Jika berhenti membawa teksi, wang ini selalunya tidak akan diberi balik 100% sebab alasan rasmi mereka adalah sebahagian ditahan dahulu untuk memastikan teksi kita itu tiada saman ekor Polis, JPJ, SPAD. Setengah syarikat memang cekik darah –  Contoh: Zamin Jaya di Selayang akan tahan RM500 dari deposit asal RM1500 pemandu teksi. Duit ini akan ditahan 6 bulan sebelum dikembalikan! Zaipam (mana barunya Pro Skill Automotive di Taman Cahaya, Ampang akan tahan RM300 untuk 3 bulan dari deposit RM1000. Dan jangan harap ianya dapat balik macam A tolak B sebab mereka rata-rata caj yuran perjanjian RM150 mengalahkan agremen jual beli rumah! Gila kan?
  • Jika tak bayar sewa tiga hari berturut-turut, teksi akan dirampas. Airport Limo pun buat perkara sama terhadap pemandu mereka.
  • Cuti sakit tiada langsung dan tunjuk pun buang masa je… tak memandu tak ada income dan sakit sekalipun, ringankan untuk drive teksi itu ke opis syarikat teksi.
  • Kena rompak, samun atau tikam semasa bawa teksi? Tanggunglah sendiri seperti yang berlaku kepada saya 10 tahun yang lalu. Yang penting, duit sewa mesti bayar dan jika tak bayar, teksi dirampas. Ini berlaku juga kepada saya masa itu semasa memandu untuk Sykt Teksi Marlis Bdr Tun Razak. Melayu tu tokei dia….
  • Bawa teksi tak ada cuti dan kena pandai bagi masa untuk keluarga dan kerja. Masa kerja memang panjang antara 10-16 jam sehari.
  • Jika rasa semua di atas, tak membebankan, sila join kitarang drive teksi. Ingat, selagi boleh, guna meter waimma otai-otai lama tu kata itu kerja bodoh. Baik bodoh dari kena gam JPJ!
One Comment leave one →
  1. roslan permalink
    March 24, 2012 11:33 am

    terima kasih. saya sokong 100% apa yang
    tuan katakan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: