Skip to content

June 6, 2011

Doc1

Dah teramat penat carik kerja nie….lebih 6 bulan mencarik …lebih 850 permohonan dan masih tiada yang sangkut…dan sebelum ada yang mendengus alaaaa…memilih sebab tu takda kerja sangkut saya ni tak kisah kerja apa pun…cuma satu pantang saya- jangan exploit pekerja, itu sahaja syarat saya. Kerja cacai kerja gah asal kerja halal saya akan cuba buat kerja dengan betul. Bukan susah bekerja…bila kerja kenalah kerja dengan tekun tu jeee.

So sekarang masih mencari…

Bagi saya yang dah beumur 40thn ke atas, baru saya sedar majikan sekarang pandang sepi pengalaman dan orang yang dah season a.k.a. berumur. Saya pun tak tau nak cakap apa mungkin ada yang boleh bagi alasan konkrit untuk saya baca sebab bagi saya tiada alasan untuk tak bagi orang berumur macam saya ni kerja cuma saya dapat pikir….antara sebab mungkin orang tua ni tak menarik …mata tak sedap pandang….

 

 

PASAL PERMIT TEKSI DISALAH BERI PADA KOMPENI TEKSI JER…

May 20, 2011
ARTIKEL LAMA THN 2002 PASAL NASIB DREBAR TEKSI MALAYSIA

PERMIT TEKSI : DASAR KERAJAAN UTAMA SYARIKAT, BUKAN INDIVIDU MENZALIMI PEMANDU TEKSI

KENYATAAN MEDIA

PERMIT TEKSI : DASAR KERAJAAN UTAMA SYARIKAT, BUKAN INDIVIDU MENZALIMI PEMANDU TEKSI

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan telah menggunakan kuasa pengeluaran permit teksi untuk menzalimi pemandu teksi.

Setelah menerima desakan dari perbagai pihak, setahun lepas kerajaan telah mengubah dasarnya iaitu yang hanya memberikan permit teksi kepada syarikat dengan membenarkan pemilikan permit individu. Tetapi malangnya setelah hampir setahun dilihat bahawa keihklasan dalam tindakan tersebut tidak wujud malah tindakan kerajaan itu hanyalah untuk mengaburi mata demi meneruskan tindakkan menzalimi rakyat khususnya pemandu teksi.

Tahun ini sahaja kerajaan meluluskan lebih 8,000 permit teksi melalui syarikat tetapi hanya 1,400 sahaja pemilikan individu. Dipetik kenyataan Menteri Pembangunan usahawan dalam sebuah akhbar elektronik menyatakan bahawa adalah lebih mudah memberikan permit kepada syarikat bukan kepada individu dan tidak menasabah mengendalikan 26, 000 pemandu teksi berbanding seratus syarikat *radiqradio.com

Kenyataan diatas merupakan kenyataan bodoh seorang menteri yang membuka kelemahan kementerian dibawahnya. Disini saya mencabar untuk didedahkan senarai syarikat dan pemegang saham syarikat yang mendapat pemilikan permit. Sesungguhnya kerajaan telah mengamalkan kronisma dan salahguna kuasa dalam pembahagian permit teksi ini. Malah terdapat bukti kebanyakan individu anak emas kerajaan ini telah mengali babakan syarikat mereka kerana mereka (bumiputera) yang diberikan permit tidak mempunyai kekuatan kewangan atau pengalaman menguruskan syarikat teksi maka mereka telah menyandarkan permit yang mereka dapat dan hanya mendapat komisen tertentu.

Oleh kerana kebanyakan pengendali syarikat teksi membeli/menyewa permit dari kroni yang mendapat anugerah permit maka mereka gila untuk membuat keuntungan dalam masa yang singkat. Apa yang jelas pemandu teksi telah menjadi mangsa. Tambah parah apabila kerajaan hampir gagal menguatkuasakan undang-undang yang mereka tetapkan sendiri.

1. Kebanyakan syarikat teksi mengutip sewa sebanyak RM 45 – RM 60 sehari melebihi RM 40 yang ditetapkan

2. Ada antara syarikat teksi mengutip cagaran atau wang bawah meja diantara RM 5 ribu hingga RM 6 ribu sebelum memberikan teksi kepada pemandu, amalah ada kes yang diadukan wang tersebut tidak dapat dituntut balik.

3. Kebanyakan syarikat teksi tidak mematuhi undang-undang buruh dengan melanggar kewajiban membayar caruman PERKESO dan KWSP.

Dalam keadaan ekonomi yang meleset pemandu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pendapatan yang cukup bagi menampung bayaran teksi untuk syarikat dan meyara keluarga Ditambah kerakuran dan kegilaan kerajaan menaikkan minyak secara berterusan semakin menghimpit mereka. Kos pembaikan dan alat ganti yang terpaksa ditanggung oleh pemandu juga semakin meningkat Bayangkan sekiranya permit teksi diberikan terus kepada pemandu maka pendapatan mereka meningkat sekurang-kurangnya seribu ringgit sebiulan kerana tidak membayar kepada syarikat teksi. Maka ini dapat mengangkat begitu banyak kelurga di negara dari jalur kemiskinan.

Sikap kerajaan menjadi antara penyebab kejadian ini. Kebajikan pemandu teksi terhakisdisebabkan dasar penswastaan kerajaan yang tidak adil, bukan sahaja permit dibahagi sesama kroni malah kekadang dilihat lebih memimak kepada tauke syarikat yang sememang kaya untuk terus mengabaikan kebajikan pemandu teksi.

Dasar Kerajaan sepatutnya mementingkan faedah pemandu teksi , pengguna dan masyarakat terbanyak pada keseluruhan supaya lebih adil dan berkesan ke arah pengkongsian bijak dan adil :

Permit teksi seharusnya diberikan kepada pertubuhan sosial yang tidak bersifat keuntungan, misalnya Persatuan Bekas Perajurit, Persatuan Bekas Polis, MTUC, CUEPAC, Persatuan Orang Cacat, Organisasi Pendidikan atau sebagainya. Pertubuhan seperti ini dilihat lebih peka terhadap kepentingan masyarakat dan tidak gila akan margin keuntungan yang melampau.

Pertubuhan sosial berkenaan boleh mengupah pakar-pakar pengurusan dan teknikal sendiri dengan bantuan kerajaan. Kebajikan pemandu teksi seharusnya diutamakan. Kongres Kesatuan Sekerja Singapura merupakan contoh yang baik, dimana pemandu teksi dikenakan S$60-S$80 sehari tetapi semua kebajikan ditanggung termasuk lesen kenderaan, insurans, pembiayaan kesihatan, penyelenggaraan kenderaan dll.

Permit teksi wajib diberikan kepada pemandu selepas 4 atau 5 tahun kerana mereka telah membuktikan komitmen mereka dalam bidang berkenaan, praktis ini lebih bersifat mesra rakyat dan telah dijalankan di beberapa buah negara dengan jayanya.

Pembayaran wang cagaran kereta dan sewa harian sepatutnya wajib dikira sebagai sewa beli kereta. Maka pemandu dapat memiliki kerata selepas 6 hingga 7 tahun.

Pihak berkuasa sepatutnya memastikan pemandu teksi diperlindungi undang-undang buruh termasuk kewajipan caruman PERKESO dan KWSP

Rakyat harus memandang serius penindasan kerajaan ini. Saya dengan ini mendesak agar kerajaan berhenti menzalimi rakyat khususnya pemandu teksi. Satu penjelasan rasmi dan terbuka harus diberikan oleh pihak berkenaan dalam perkara ini. Pemandu teksi juga manusia dan rakyat pengundi dan pembayar cukai negara.

Seluruh pemandu teksi kini sedang dianiaya dan mereka sedang bangkit menyatakan hak dan hasrat mereka. Kami akan bersama mereka.

KE ARAH PERKONGSIAN BIJAK DAN ADIL

BADRUL HISHAM SHAHARIN
EXCO PEMUDA KEADILAN MALAYSIA
SETIAUSAHA BIRO USAHAWAN MUDA KEADILAN

Pejabat Setiausaha Biro Usahawan Muda (BUM),
Tingkat 1, Wisma BUM,
No. 44, Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara
Pasar Borong Kuala Lumpur,
68100 Kuala Lumpur.
016-3451314
013-3858581
012-3087088
Fax 60361206641
Mobile fax: 0123084077

Tipu Daya Syarikat Teksi Sewa Di Malaysia

May 10, 2011

Ini artikel yang saya ingin tulis untuk bagi drebar teksi dan yang ingin tau pasal penipuan dalam industri sewa teksi Malaysia.

Saya amat tidak puas hati dengan syarikat sewa teksi di Malaysia. Memang syarikat sewa teksi di Malaysia ini 90% berTuhankan Untung maksima yang mereka kaut daripada titik peluh dan darah pemandu teksi yang saban hari membayar sewa teksi harian kepada mereka. Jika bagi pemandu teksi kenderaan sewaan, mesti hampir setiap hari ada sahaja masalah mekanikal sebab alasan best diarang kita tak nak ambil kereta baru dan/atau tambah deposit…kenalah pandu teksi yang nak terbarai tu. Saya? Seminggu tu adalah kena 2 kali meter panas enjin cecah H (Panas) atau gearbox jam. yang jadi petualang kes-kes camni ramai pengusaha syarikat teksi Melayu yang pajak teksi terboncai ni daripada sykt gergasi spt. Uptownace, Metro dan lain2.

Bagi yang tidak arif dengan industri khidmat teksi dan ingin menceburi bidang memandu teksi sebagai kerja sambilan (part-time) atau pun sepenuh masa, saudara saya ajak memikirkan persoalan di bawah dengan mendalam.

  • Syarikat sewa teksi rata-rata tidak memberi perlindungan insurans pemandu teksinya, samada teksi diambil saudara disewa atau pun disewa-beli. Kenderaan diinsuran bersama penumpang yang melanggani teksi kita itu. carilah insuran sesuai dengan jika ingin memandu teksi terutamanya yang bawa secara sambilan. Eksiden tanggunglah sendiri, zaklim tidak syarikat teksi Malaysia!
  • Syarikat sewa teksi akan minta deposit antara RM1000 ke RM2000 sebagai cengkeram sebelum membenar teksi mereka disewa kita. Jika berhenti membawa teksi, wang ini selalunya tidak akan diberi balik 100% sebab alasan rasmi mereka adalah sebahagian ditahan dahulu untuk memastikan teksi kita itu tiada saman ekor Polis, JPJ, SPAD. Setengah syarikat memang cekik darah -  Contoh: Zamin Jaya di Selayang akan tahan RM500 dari deposit asal RM1500 pemandu teksi. Duit ini akan ditahan 6 bulan sebelum dikembalikan! Zaipam (mana barunya Pro Skill Automotive di Taman Cahaya, Ampang akan tahan RM300 untuk 3 bulan dari deposit RM1000. Dan jangan harap ianya dapat balik macam A tolak B sebab mereka rata-rata caj yuran perjanjian RM150 mengalahkan agremen jual beli rumah! Gila kan?
  • Jika tak bayar sewa tiga hari berturut-turut, teksi akan dirampas. Airport Limo pun buat perkara sama terhadap pemandu mereka.
  • Cuti sakit tiada langsung dan tunjuk pun buang masa je… tak memandu tak ada income dan sakit sekalipun, ringankan untuk drive teksi itu ke opis syarikat teksi.
  • Kena rompak, samun atau tikam semasa bawa teksi? Tanggunglah sendiri seperti yang berlaku kepada saya 10 tahun yang lalu. Yang penting, duit sewa mesti bayar dan jika tak bayar, teksi dirampas. Ini berlaku juga kepada saya masa itu semasa memandu untuk Sykt Teksi Marlis Bdr Tun Razak. Melayu tu tokei dia….
  • Bawa teksi tak ada cuti dan kena pandai bagi masa untuk keluarga dan kerja. Masa kerja memang panjang antara 10-16 jam sehari.
  • Jika rasa semua di atas, tak membebankan, sila join kitarang drive teksi. Ingat, selagi boleh, guna meter waimma otai-otai lama tu kata itu kerja bodoh. Baik bodoh dari kena gam JPJ!

Buying Fake Goods in Kuala Lumpur

May 6, 2011

If you are in Petaling Street, KL, being a Westerner or having ‘different physical features’ (I’m being polite here, okay) makes you a likely target for a sales pitch and/or con job. Any goods on display are okay to finger and/or touch so long as its not the expensive types eg. costume jewellery, watches, etc. The seller will try his/her best to get your attention.

If you’re NOT interested, walk away. If you’re thinking of coming back to the same stall, just indicate by saying, ‘you’ll come back later after dinner’ or whatever.

If you’re offered a fake watch etc and its pushed right in your face, tell the guy you are Not interested. Be polite, and walk away. Walking away is OK, no one will be aggressive like trying to run after you to wheedle a few Oz or States dollars from you.

Being Asian, it amuses me to see these street sellers homing in on white tourists and ignoring fellow Asians browsing nearby. They always believe whites have more purchasing power than guys from Taiwan or Korea. I see it as Asians discriminating against their own …but no matter.

Leave a Comment

At Least Do This: 1. Avoid going to street markets alone where possible. Mugging can and do happen.
2. Fake items abound in KL, Port Dickson, Penang, Melaka… browse around and take no notice of items shoved in your face. just look around and see if similar goods exist nearby. Then you know the item is not a novelty and easily available.
3. You like an item, check it for possible defects and ask for a price. If the opening price is RM50, ask for RM25. 50% below the seller’s opening gambit is a good start. He’ll soon say its impossible and ask for RM45 or still the RM50. Just slowly ‘turn away’ and he’ll quickly urge you to take it for RM35. Conclude the deal and exit.
4. Remember, returns are not available unless the seller mentions it. Street sellers the world over get emotional and at times, aggressive if a refund is asked, so avoid a street scene.
5. On Malaysia’s highways (the signboards are usually in green or yellow), never entertain suspicious looking persons approaching your rented car or taxi at the designated rest areas. They are not robbers, but are selling fake mobiles, watches, etc. They items are more like dummy items in shops then the real working models and invariably don’t work!
Alternative: If you are done looking at tourist shopping traps or entertainment zones, do what Malaysians do best- Eating! Get to a food outlet, see if locals are happy munching or slurping the foodies there…if its Yes, you can always join then. The local stuff at street level are always better-tasting than hotel food. Cheap too.

Or if you are in search of some peace and quiet, Kl has many scattered parks, from the one adjacent to KLCC to Tasek Perdana/ Lake Gardens.
Read more: http://members.virtualtourist.com/m/1511ef/13901a/7/#2156207#ixzz1LYU0k0B0

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.